Vapor Vs Rokok
Satu Fenomena Baru Rakyat Marhen Seluruh Malaysia
Sinopsis nya- DUA DUA BAZIR DUIT DAN MENJAHANAM KAN. Kenapa, sila baca dibawah:
Pandangan peribadi saya, mem-vapor-kan diri atau menghisap Wap (e-CIGS) merupakan alternatif yang berkembang pesat berbanding rokok tembakau tradisional. Dengan elemen menggunakan cecair dan bukannya asas dari tembakau, vape menghasilkan wap 'indah' seperti aerosol dan bukannya asap membahaya seperti rokok. E-CIGS adalah pasaran yang pesat berkembang, dan jualan dijangka melebihi rokok tembakau dalam beberapa tahun yang akan datang.
Sejak pengenalan vape ke pasaran pada tahun 2004, penggunaan global seluruh dunia telah meningkat dah macam harga minyak Malaysia. Pada tahun 2013, direkodkan terdapat beberapa juta pengguna e-rokok di seluruh dunia. Keunikan dan penggunaan e-rokok meningkat sejak beberapa tahun hingga 2014, terutamanya ia 'halal' di sedut oleh kalangan anak-anak muda dan wanita di beberapa tempat pelusuk negara. Orang yang mempunyai pendapatan yang lebih tinggi adalah lebih cenderung untuk memvaporkan diri berbanding orang yang berpendapatan rendah. Kebanyakan pengguna vape mempunyai sejarah perokok tegar berjaya.
Terdapat banyak kelebihan menggunakan vape daripada rokok tembakau. Ramai kengkawan aku berpendapat bahawa e-CIGS adalah lebih selamat daripada rokok. Hah yeke?? betul la tu, sebab vape mengandungi bahan-bahan yang kurang berbahaya tak macam rokok tembakau yang ada sekarang nie. Selain itu, e-CIGS tidak meninggalkan bau yang sama seperti rokok tembakau.
Apa Yang Ada Dalam Rokok
Walaubagaimana pun, 'kelebihan' asap tembakau sangat berbahaya kepada kesihatan anda. Takde bende yang selamat bilamana anda merokok. Menggantikan rokok anda dengan cerut, cigar, atau paipon (macam shisha) lagi lah jahanam, takan langsung akan membantu mengelakkan risiko kesihatan yang dikaitkan dengan produk-produk tembakau.
Rokok mengandungi kira-kira 600 bahan-bahan. Apabila dibakar, mereka menjana lebih daripada 7,000 bahan kimia, menurut American Lung Association.7000 jenis tu kebanyakan bahan kimia beracun dan sekurang-kurangnya 69 daripada mereka boleh menyebabkan kanser. Bahan-bahan yang sama juga terdapat dalam cerut dan tembakau yang digunakan dalam paipon. Menurut Institut Kanser Kebangsaan, cerut mempunyai tahap yang lebih tinggi karsinogen, toksin, dan tar berbanding rokok.
Apabila menggunakan paipon, anda mungkin menyedut asap lebih daripada rokok. Asap paipon mempunyai banyak sebatian toksik dan mendedahkan anda kepada lebih karbon monoksida. Di Malaysia, kadar kematian bagi perokok adalah tiga kali ganda daripada orang-orang yang tidak pernah merokok. Senang citer dalam matematiknya, 3 kali lebih cepat mati daripada tak merokok.
Style Yang Berbeza
Pada 2014 kajian mendapati, Vapor berkait dengan gaya hidup yang boleh menggalakkan kalangan muda yang tidak merokok,terus memvaporkan diri. Kira ada gaya lah isap vapor, ajet2 cool la senang citer. Sebab ape, diorang ingat vapor ni kurang berisiko dan membolehkan mereka bersosial antara satu sama lain. Bagi aku, perkara sebegini lagi lah bahaya. aku tengok sedara sepupu sepapat aku vapor depan muka mak bapak dorang sesedap rase je. Orang dewasa seharusnya berpikiran lebih waras memastikan perkara sebegini tidak berlaku. Walau pun benda sebegini tidak merbahaya tapi sedut wap ke,asap ke,exzos kereta ke tetap tidak setuju untuk dihisap.
Ramai pengguna tahu vapor ni tak dikenakan cukai dan tidak lebih berbahaya kepada orang kedua. Mentang mentang la vapor nie tak diharamkan, pakai isap lah mereka merata tempat. Tidak pula macam rokok terhad untuk beberapa tempat awam sahaja. Walau bagaimanapun, kerajaan sedang giat mempertimbangkan larangan menghisap vapor.
Berita 'gembira' kepada para pem-vapor,Pada 5 Ogos 2015,Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Dr Zulkifl Mohamad Al-Bakri mengesahkan rokok elektronik atau vapor adalah haram. Beliau melalui entri di laman facebooknya memaklumkan mengikut hukum Islam, pengunaan e-rokok atau vapor itu sama seperti rokok sebenar. Jelas beliau berdasarkan kenyataan pakar menunjukkan, ia memdaratkan malah boleh menjadi lebih mudarat daripada merokok.
Aduu Nak Paham Camne Lagi EK?
1. Sistem Pusat Saraf = Salah satu bahan dalam tembakau adalah dadah pengubah mood dipanggil nikotin. Nikotin menembak terus ke otak anda dalam beberapa saat sahaja. Ia adalah satu sistem perangsang saraf, jadi ia membuatkan anda merasa lebih bertenaga untuk sementara waktu. Apabila kesan habis, anda berasa letih dan mengidamkan lebih
2. Sistem Pernafasan = Apabila anda menyedut asap, anda mengambil bahan-bahan yang boleh merosakkan paru-paru anda. Dari masa ke masa, paru-paru anda mula kehilangan keupayaan untuk menapis bahan kimia. Kalau batuk sekalipun tidak boleh membersihkan toksin cukupnya, jadi racun ini terperangkap di dalam paru-paru. Perokok mempunyai risiko yang lebih tinggi kepada jangkitan pernafasan dan selsema.
3. Sistem Kardiovaskular = Merokok merosakkan seluruh sistem kardiovaskular anda. Apabila nikotin berada di badan anda, ia memberikan rangsangan kepada kadar gula dalam darah. Selepas masa yang singkat, anda akan rasa letih dan menyangap lebih. Nikotin menyebabkan saluran darah jadi mengetatkan sehingga menyekat pengaliran darah (penyakit ini arteri periferi). Merokok merendahkan tahap kolesterol dan meningkatkan tekanan darah, yang boleh menyebabkan regangan arteri dan penumpukan kolesterol tidak baik (aterosklerosis). Merokok meningkatkan risiko pembentukan darah beku.
Tak Jadi la Benti Law Gambar Gini.
4. Kulit, Rambut dan Kuku = Sebahagian daripada tanda-tanda yang lebih jelas bila merokok melibatkan kulit sendiri. Bahan-bahan dalam asap tembakau sebenarnya mengubah struktur kulit anda. Merokok menyebabkan perubahan warna kulit, kedutan, dan penuaan pra-matang.
5. Sistem Penghadaman = Perokok mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat masalah mulut. Mulut busuk, berbau. Penggunaan tembakau boleh menyebabkan keradangan gusi (gingivitis) atau jangkitan (periodontitis). Masalah-masalah ini boleh menyebabkan kerosakan gigi, kehilangan gigi dan nafas berbau.
6. Seksualiti dan Sistem Pembiakan = Aliran darah terhad boleh menjejaskan keupayaan lelaki untuk mendapatkan ereksi. Kedua-dua lelaki dan wanita yang merokok mungkin mengalami kesukaran mencapai orgasm dan mempunyai risiko yang lebih tinggi kemandulan. Wanita yang merokok mungkin mengalami menopaus pada usia yang lebih awal daripada wanita yang merokok. Merokok meningkatkan risiko wanita mendapat kanser serviks
Man of Steel
Semua data di atas dibantu/dipetik daripada laman web berkenaan, tidak ada kaitan sama ada yang hidup atau yang mati.Kredit to them:
- https://en.wikipedia.org/wiki/Electronic_cigarette.
- http://www.learn.eversmoke.com/5-benefits-over-cigarettes.html
- http://www.healthline.com/health/smoking/effects-on-body
- http://www.lung.org/stop-smoking/about-smoking/health-effects/smoking.html
No comments:
Post a Comment